hello peeps!
okey hari ni me nak review pasal my favourite liquid foundation so far la
setakat yang me dah try
okey before tu me nak inform.
kulit me ni normal to oily tau
so normal la kan bila kulit oily ni makeup memang susah nak tahan lama, betul tak?
actually, me bukan jenis yang makeup 24/7
me akan makeup bila ada event or waktu tengah tak sihat (sebab masa tak sihat kulit akan nampak pucat)
so kali ni me nak review pasal liquid foundation
taraaaa!!
okey so far keempat-empat liquid foundation ni sangat okey dengan kulit normal to oily
sebab tak nampak terlalu kering (matte) dekat muka dan tak nampak terlalu berkilat (glow)
so kira sedang-sedang la
meh nak review satu-satu
STUDIO FIX FLUID by MAC
* full coverage (so bila ada photoshoot baru la me pakai)
* matte finish (sesiapa yang suka muka nampak macam patung memang ni terbaik la)
* non cakey texture (eventho' matte finish, tapi finishing dia nampak profesional dan tak ada la nampak macam merekah-rekah)
* create super professional look (photoshooth, glamour event)
* long lasting (lebih dari 12jam masih lagi elok je)
* less matte over time (so makin lama dia akan makin blend dengan kulit)
* kalau korang nak beli foundation ni, ikut je warna kulit korang sebab dia akan blend tapi kekal dengan warna dia so kalau korang beli warna yang lagi cerah dari kulit, eventho' dah blend sekalipon dia akan kekal lebih cerah dari kulit korang
kelemahan
okey tipula kalau tak ada kelemahan kan
kelemahan dia adalah super susah nak cuci
korang memang kena take time la nak cuci sebab texture dia sangat-sangat berat
harga masa me beli tu lebih kurang RM120++ kalau tak salah
REVLON PHOTOREADY AIRBRUSH by REVLON
* full coverage
* pakai sikit je dah boleh cover pores and parut kat muka
* create super professional look (nama pon airbrush kan)
* long lasting (lebih dari 12 jam)
* create super flawless effect (sebab dia memang akan berada kat muka tanpa blend dengan muka, macam korang cat muka la lebih kurang)
* non cakey effect
* texture dia ringan sikit dari mac
* dinasihatkan korang beli warna yang sama dengan warna kulit korang
kelemahan
* lagi susa nak cuci dari mac sebab betul-betul macam cat muka
* setiap kali lina pakai mesti setidak-tidaknya ada 1 jerawat akan tumbuh if tak cuci betul-betul
harga RM60++
LOREAL TRUE MATCH by LOREAL
* medium to full coverage (sedang-sedangla)
* blend into skin
* light texture
* create normal look
* akan membuatkan skin korang nampak glow
* long lasting (lebih kurang 8jam)
* tak ambil banyak masa nak cuci
* dinasihatkan korang beli 1 tone lagi cerah dari kulit sebab dia akan blend in dengan kulit korang dan turun 1 tone
kelemahan
* korang kena touch up bedak sikit kadang-kadang untuk tak nampak terlalu shining
harga RM60++
FOND DE TEINT EQUILIBRANT by BOBBI BROWN
* medium to full coverage
* water based
* super light texture (memang rasa macam tak pakai foundation pon)
* dewy finish
* senang nak cuci
* dinasihatkan korang beli 1 or 2 tone lebih cerah sebab dia jugak akan oxidizes and blend kat muka korang dan turun 1-2 tone
* long lasting (lebih dari 12jam)
kelemahan
* kena kerap touch up dengan bedak untuk elak nampak shining sangat
harga rm170++
okey tu je setakat ni
next entri ..cerita pasal liquid foundation yang me pernah try tp tak di recommendedkan sangat
okey see you soon
tata!
|
make sure beli yang original okey, kesian kat kulit *winkwink* |